PWC

https://www.bbc.com/news/world-asia-india-42662259?SThisFB

Digegarkan dengan laporan audit PWC yang “aneh” bercanggah dengan Jabatan Audit Negara berkenaan TH saya makin musykil.

Apakah ini dusta terbaru Pendusta Harapan sama seperti dusta besar hutang negara 1 trillion suatu ketika dulu?

Dengan izin Allah tiba-tiba saya terjumpa berita di atas. YA.

PriceWaterHouse telah DIBANNED di India!

Satu NEGARA haramkan mereka begitu dahsyat sekali.

Ini mengingatkan saya kepada krisis syarikat audit Athur Endersen di mana syarikat Enron telah BERSEKONGKOL dengan firma audit Arthur Andersen untuk MENIPU buku akaun mereka.

Sepatutnya sudah parah reputasi PWC ini.

Enron + Arthur Andersen = Menipu buku akaun + bersubahat

Satyam Computers + PWC = Menipu buku akaun + bersubahat

Di Malaysia, antara laporan JAN (Jabatan Audit Negara) vs PWC berkenaan TH mana satu betul ni?

Adakah….

PH + PWC = Arah menipu laporan buku akaun TH (bagi defisit) + bersubahat = untuk wujudkan alasan merompak TRX land asset milik TH melalui SPV?

Dari kisah di negara India ni, saya dah mula sangsi dgn reputasi PWC ni sama mcm satu dunia sangsi dgn Firma Arthur Andersen suatu masa dulu.

Sila lihat reputasi PWC di bawah;

https://www.marketwatch.com/story/pwc-faces-largest-ever-auditor-malpractice-damages-verdict-2018-04-05

https://www.accountancyage.com/2018/06/13/pwc-fined-a-record-10m-over-bhs-audit-while-senior-partner-faces-15-year-ban/

Banyak scandal rupanya PWC ni

loopie san

MAMPU Centre

13/12/2018

Kawal sia sia.

Auditor luar yang mengaudit akaun Tabung Haji sebelum ini adalah Earnst & Young (EY). Sebaik-baik menang PRU-14, Pakatan terus melantik Price Waterhouse Cooper (PWC) sepertimana yang dinyatakan oleh Mujahid untuk mengaudit Tabung Haji.

Selain auditor luar, satu lagi watak penting adalah Auditor General yang pada ketika itu disandang oleh Ambrin Buang.

Dilaporkan dari 2015 sehingga 2017, auditor melaporkan aset mengatasi tanggungan (liabiliti) bagi TH: RM1.4 bilion pada 2015; RM701 juta pada 2016 dan RM350 juta pada tahun 2017.

Laporan kewangan Tabung Haji 2017 dibuat dan disiarkan kepada umum pada 4 April 2018 tidak menunjukkan sebarang angka kerugian RM4 bilion seperti yang dikatakan oleh Mujahid.

Namun bermula pada 9 Mei 2018, Tabung Haji mulai mengalami kerugian-kerugian besar apabila saham-saham yang dipegangnya, mulai jatuh nilai dan kejatuhan nilai tersebut berterusan sehingga ke hari ini.

RM4.1 billion yang diuwar-uwarkan itu, sebenarnya datang dari unrealised losses akibat pasaran lemah Bursa KL yang underperforming.

Susutnilai saham mengikut Malaysian Accounting Standards MFRS139, sebarang keuntungan atau kerugian dari fair value tak sepatutnya dikira selagi ianya tak dijual, disposed or impaired.

Dalam bahasa yang lebih mudah, RM4 BILION ADALAH PENIPUAN TERANG-TERANG UNTUK MEMBOLEHKAN PAKATAN YANG DIKETUAI DAP MENYAPU DAN MEROMPAK ASET-ASET TABUNG HAJI.

Tiada Melayu atau UMNO atau PAS yang merompak RM4 bilion Tabung Haji, sebaliknya yang sedang cuba merompak atas nama ‘KAWALSELIA BANK NEGARA’ adalah pihak yang bersungguh-sungguh nak jual semua aset-aset berkaitan Melayu dan Islam seperti Tabung Haji dan PNB.

C&P dari Whatsapp.

2

DUA SINGA NUSANTARA YANG DIGERUNI

Penghujung tahun 2018, telah berlangsungnya dua sejarah yang cukup besar dari Kepulauan Nusantara.

Kedua-duanya ini membabitkan isu sentral umat Islam dalam dua buah perhimpunan gergasi yang berbeza iaitu, Reuni 212 di Jakarta (Indonesia) dan Daulat 812 di Kuala Lumpur (Malaysia)

Dalam kita berbicara tentang jumlah hadirin yang berjuta-juta, memang tidak dapat dinafikan ketokohan kedua-dua orang ulama’ ini untuk memobilasikan umat Islam hadir ke perhimpuan.

Habib Muhammad Rizieq Shihab حفظه الله (Indonesia) dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang حفظه الله (Malaysia) tidak asing lagi di Nusantara, bahkan antarabangsa juga cukup mengenali mereka.

Kedua-duanya, masing-masing merupakan tokoh ulama’ dan tokoh negarawan dari Malaysia dan Indonesia.

Bahkan, pidato mereka mendatangkan impak yang sungguh bukan kecil kepada umat Islam di rantau ini.

Lihat sahaja di Indonesia, sekalipun Habib Rizieq menyampaikan pidato beliau dari Makkah, tetapi jutaan umat Islam telah turun ke jalanan untuk menyaksikannya.

Pidato Tuan Guru Hj Abdul Hadi memang cukup enak didengari walau berulang kali. Kerana ucapan dari lidah para ulama’ itu bukan sekadar ucapan yang biasa, ucapan mereka penuh dengan pesanan ilmu.

Pidato mereka, membangkitkan jiwa umat Islam. Manis ibarat madu yang menyihatkan pesakit. Tegas ibarat semboyan perang yang menggerunkan musuh!

Cukup beruntung sekali anak muda Islam dari Malaysia dan Indonesia. Semoga dengan perkembangan semasa di Kepulauan Nusantara ini, membawa sinar obor yang baharu buat cahaya Islam!

Wallahua’lam

-Muhammad Al-Kinti

Arau Bandar Diraja,
2 Rabi’ul Akhir 1440/
10 Disember 2018

M52 MOF

Dari dlm MOF (Kementerian Kewangan)

Antara prinsip kebenaran, maruah bangsa & kerjaya

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Dibulan yang penuh kemuliaan ini, saya mengharapkan Allah swt berikan kekuatan untuk saya. Setelah memikirkan dengan mendalam, berdoa memohon kekuatan pertunjuk dariNya, maka saya rasakan amat wajar untuk saya perkatakan kebenaran ini walaupun agak berat dan membimbangkan masa depan saya.

Kemelut politik yang berlaku pasca PRU14 mendatangkan kesan yang besar dalam sejarah politik serta pentadbiran negara. Alhamdulilah saya berkhidmat sebagai pegawai PTD dengan gred M52 tidaklah sangat terkesan dari sudut ekonomi, namun dari aspek kerjaya ianya amat nyata kerana perubahan dasar & kepimpinan pasti banyak perubahannya, lebih2 lagi kerana saya berkhidmat di MOF, tempat yang sangat sibuk ketika ini dengan pelbagai perubahan yang sedang berlaku.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah luahan rasa kecewa yang teramat sangat dengan politik keterlaluan dan kebencian oleh kepimpinan hari ini. Saya bersekolah peringkat menengah dahulu di SJKC, jadi sedikit sebanyak dapat memahami bahasa percakapan rakan Chinese.

Apabila pegawai Khas Menteri yang baru berkata pada Menteri tentang data2 kewangan berkaitan kadar hutang negara, ianya amat menyedihkan saya. Walaupun bercakap bahasa cina untuk elakkan dari pegawai2 lain tahu, tapi saya dapat tangkap juga kerana 5 thn bljr di SJKC.

Tuan2…percayalah, statistik ttg jumlah kadar hutang negara memang sengaja di ubah, dimanipulasikan untuk tujuan politik kerajaan kini & memburukkan kepimpinan lalu.

Ayat yang paling menyentap hati saya apabila si Tony berkata pada bos ‘public akan percaya walaupun kita tipu’. Cakap bahasa cina….
Bukan sekadar kerana prinsip kebenaran, ia juga menyentap maruah bangsa saya sbg org melayu apabila nyata kepimpinan kini melakukan sesuatu yang bertujuan mengaibkan kepimpinan melayu sblm ini.

Samada pembaca akan percaya atau tidak itu terpulang pada penilaian masing2. Yang nyata bagi saya kini, suasana di MOF amat menyedihkan apabila agenda untuk membongkar segala salah laku kerajaan dulu menjadi keutamaan. Rakyat dibohongi dengan data2 statistik yang dimanipulasikan.

Saya berharap saya dapat ditukar kan ke Kementerian yang lain selepas pendedahan ini menjadi viral. Itu lebih baik dari berdiam diri menyaksikan agenda jahat berlaku dalam pengetahuan kita.

Ikhlas dari M52 MOF

(Apa yang ditulis diatas tidak mengambarkan pendirian admin. Ia sekadar luahan hati seorang insan)

SPV

Apabila Mujahid kata aset hartanah Tabung Hji akan dipindahkan ke SPV di bawah MOF menjelang 31 December 2018 ini bagi mengimbangi kerugian defisit 4.1billion yg dialami oleh TH..

Mari kita baca pendapat seorg akauntan berkenaab SPV…
SPV ni jatuh dalam category corporate finance .

SPV ni kalau ikut theory dia memang untuk balancekan balance sheet , protect asset in joint venture and ada few lagi kegunaan dia . Kalau ikut theory everything looks good . In reality tidak . Banyak “ jenayah” legal juga dibuat pakai SPV .

Sebagai contoh ada syarikat yang create SPV dan dia pindahkan semua asset masuk SPV . Syarikat induk dibiarkan bankrupt . Asset bernilai semua dah selamat dalam SPV . Diorang xpayah bayar bondholder , minority shareholder melopong .

Ada juga SPV yang digunakan untuk kurangkan cukai . SPV direka khas untuk letak property dalam tu . So kalau dia nak jual property tu , dia jual syarikat tu . Macam Malaysia capital gain tax xde , So xpayah bayar cukai . Kalau jual property tu as property kena bayar real property gain tax .

Ada juga SPV yang dicreate untuk jual bundle of valueable asset . Letak semua asset berharga dalam tu and jual dalam pakej .

SPV juga digunakan untuk sorok transaction . SPV tak payah announce diorang punya activity so if diorang nak jual asset yang ada dalam SPV ke apa ke public tak tahu .

In TH punya case saya personally curiga bila SPV nak dicreatekan kononnya untuk balance kan balance sheet atas sebab dalam new accounting standard dalam negara kita , Asset dan liability SPV akan dibaca bersama . Jadi bila TH consolidate account , Liability tu akan tetap sama .

Curiga saya lagi satu sebab any activity dalam SPV , public takkan tahu . SPV boleh jual asset yang ada dalam tu tanpa perlu diumum kepada public . Kalau TH nak buat , dia akan umum atau lapor dalam annual report . Kalau SPV , xpayah lapor sebab SPV ni bukan public company tapi private limited or partnership . Kalau public tahu pon selepas ianya dijual sebab lepas tu boleh nampak perubahan pada nilai asset bila benda tu dibaca bersama . Masa penjualan tu berlaku satu benda haram takkan tahu .

Banyak lagi benda jahat boleh dibuat pakai SPV ni atas sebab SPV punya transaction tersorok . Debt boleh sorok , asset boleh sorok dan macam2 benda boleh sorok .

As for now through news dikatakan SPV nak direka untuk cantikkan buku . Saya tak faham , pasal hutang negara ikut new standard , pasal TH ikut standard lama ? Pelik betul . Standard mana yang sebenarnya kerajaan pakai ?

Kalau nak revamp asset yang teruk ni , xperlu SPV pon masih lagi boleh dibuat . Jangan cakap about governance thing. U kerajaan . U boleh alter law ikut kepentingan negara .

Oh before lupa . SPV boleh juga jadi orphan company . Bahasa mudah dia company yatim piatu . Tiada ayah dan juga tiada ibu . Tak semestinya own by mother company .