DUA SINGA NUSANTARA YANG DIGERUNI
Penghujung tahun 2018, telah berlangsungnya dua sejarah yang cukup besar dari Kepulauan Nusantara.
Kedua-duanya ini membabitkan isu sentral umat Islam dalam dua buah perhimpunan gergasi yang berbeza iaitu, Reuni 212 di Jakarta (Indonesia) dan Daulat 812 di Kuala Lumpur (Malaysia)
Dalam kita berbicara tentang jumlah hadirin yang berjuta-juta, memang tidak dapat dinafikan ketokohan kedua-dua orang ulama’ ini untuk memobilasikan umat Islam hadir ke perhimpuan.
Habib Muhammad Rizieq Shihab حفظه الله (Indonesia) dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang حفظه الله (Malaysia) tidak asing lagi di Nusantara, bahkan antarabangsa juga cukup mengenali mereka.
Kedua-duanya, masing-masing merupakan tokoh ulama’ dan tokoh negarawan dari Malaysia dan Indonesia.
Bahkan, pidato mereka mendatangkan impak yang sungguh bukan kecil kepada umat Islam di rantau ini.
Lihat sahaja di Indonesia, sekalipun Habib Rizieq menyampaikan pidato beliau dari Makkah, tetapi jutaan umat Islam telah turun ke jalanan untuk menyaksikannya.
Pidato Tuan Guru Hj Abdul Hadi memang cukup enak didengari walau berulang kali. Kerana ucapan dari lidah para ulama’ itu bukan sekadar ucapan yang biasa, ucapan mereka penuh dengan pesanan ilmu.
Pidato mereka, membangkitkan jiwa umat Islam. Manis ibarat madu yang menyihatkan pesakit. Tegas ibarat semboyan perang yang menggerunkan musuh!
Cukup beruntung sekali anak muda Islam dari Malaysia dan Indonesia. Semoga dengan perkembangan semasa di Kepulauan Nusantara ini, membawa sinar obor yang baharu buat cahaya Islam!
Wallahua’lam
-Muhammad Al-Kinti
Arau Bandar Diraja,
2 Rabi’ul Akhir 1440/
10 Disember 2018
